Komitmen Dengan Sebab

Di Captain Oats, kami komited untuk meningkatkan kecekapan dan fokus kami dalam menghasilkan oat secara berterusan.

about banner-mobile

Proses OatiFreshâ„¢

Di Captain Oats, kami komited untuk meningkatkan kecekapan dan fokus kami dalam menghasilkan oat secara berterusan.

Proses-proses kami mematuhi piawaian keselamatan makanan yang diperakui di peringkat antarabangsa untuk memastikan setiap pek yang dihasilkan oleh kami sedia untuk dinikmati oleh anda di rumah.

ISO20000
HACCP
MY-Halal
IND-Halal

Proses Oatifreshâ„¢ Keutamaan Kami

Kami menghargai kebaikan oat – Emas Ajaib Alam Semulajadi – kerana ia memberikan zat-zat penting yang tubuh kita perlukan! Ini adalah rahsia yang bukan rahsia sangat – kami hanya menggunakan oat berkualiti premium dari Australia.
Kesemua oat diproses dengan mengekalkan zat yang maksimum melalui Proses OatiFreshâ„¢ keutamaan kami!

Process-1

LANGKAH 1

Pencucian & Pengupasan

Apabila oat mentah yang diimport sampai, ia akan melalui proses pencucian yang komprehensif untuk membuang semua benda asing sebelum dikupas.

LANGKAH 2

Proces Oatifreshâ„¢

Kemudian, isirong oat akan menjalani proses Oatifreshâ„¢, yang dapat mengekalkan zat-zat dan meningkatkan aroma dan kesegaran oat.

Process-2
Process-3

LANGKAH 3

Gred, Potong & Nipiskan

Sekarang, proses menghasilkan oat lebih dekat sebelum sedia untuk dinikmati. Isirong oat yang dipanggang ini akan dipotong dan digred sebelum dimasak dan dileyek untuk menjadi serpihan oat.

LANGKAH 4

Pembungkusan

Tunggu sebentar, oat kami hampir sedia untuk dimakan! Serpihan-serpihan oat ini akan dibungkus serta-merta dalam pelbagai saiz dan format pembungkusan yang berlainan, sedia untuk dihantar ke kedai-kedai yang berhampiran dengan anda.